22 Dis 2011

MUAT TURUN VIDEO DARI YOU-TUBE

Bagaimana nak download video daripada Youtube , Facebook atau dari mana-mana laman video? Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan. Salah satu perisian yang mudah dan cepat ialah Realplayer.  Selain memuat turun video, format video juga boleh ditukar kepada pelbagai format lain : mpeg1, avi, mp3 dan banyak lagi. Hanya sekali klik, semuanya selesai. Format asal dari internet ialah flv. Ia mesti ditukar ke format mpeg sebelum dimasukkan ke dalam Powerpoint .  Proses pemasangan perisian memerlukan sambungan ke internet. Pilih Realplayer Basic yang ditawarkan secara percuma. Setelah selesai, pop up “Download This Video” akan terpapar di sebelah atas paparan video. Semua video akan disimpan dalam My Video. Selamat mencuba !
                                                     Download di sini : http://my.real.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan