4 Nov 2011

Split-toning

TUGASAN 2


Gambar 1
LANGKAH 1
Muatnaik (Gambar 1) dan simpan dalam folder (split-toning)
Buka gambar berikut kedalam GIMP

LANGKAH 2
Buatkan salinan pada layer dan tukarkan warna gambar pada hitam putih. Pergi ke colors-Desaturate klik.


LANGKAH 3

Cipta layer baru, dan warnakan dengan warna biru ( 2bc6ff ) mengunakan bucket fill tool.

LANGKAH 4

Bila layer biru sudah dibuat pergi ke Layers dialog dan mood normal kepada overlay.



LANGKAH 5

Sekarang mergekan layer 2 dan 3  dengan klik kanan pada layer biru - menu - Merge down.



LANGKAH 6

Ulang kembali dari langkah 3 hingga ke langka 5 . Kali ini mengunakan warna oren ( ffc600 ) pastikan layer berada diatas layer biru.





LANGKAH 7

Sekarang anda sudah mempunyai dua warna gambar. Barulah anda boleh memulakan proses split-toning
Klik kanan pada layer Oren dan Pergi ke Add Layer Mark-Klik
Pada tetingkap Add Layer Mark pilih grayscale copy of layer dan klik Add Button.






LANGKAH 8

Klik kanan pada layer Biru dan Pergi ke Add Layer Mark-Klik
Pada tetingkap Add Layer Mark pilih grayscale copy of layer, pastikan kali ini anda tandakan pada kotak Invert Mask- klik Add Button.




LANGKAH 9

Pada langkah akhir anda kurangkan kadar Opacity pada layer Oren kepada 90%.Langkah ini adalag terpulang pada anda untuk membuatnya....Sekian...SEMOGA BERJAYA

HASIL AKHIR







  

GIMP(Kelas di SMK.TAT BENG)

Apakah itu GIMP?


GIMP (Image Manipulation Program)
Sebuah perisian penyunting grafik yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto
GIMP merupakan perisian percuma dan disediakan dengan Lesen Awam Am
Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995(Oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis)
Membuat grafik dan logo, gambar resizing, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai,dan menukar format
    TUGASAN 1

    PHOTO EDITING (DIORAMA EFFECT)

    GAMBAR SEBELUM
    Gambar 1

    GAMBAR SELEPAS
    Gambar 2

    LANGKAH 1
    • Muat turun gambar 1 (Jet) 
    • Buatkan satu folder dan namakan sebagai (DIORAMA EFFECT)
    • Bukak Perisian GIMP dan masukkan gambar 1 kedalam GIMP
    • Kemaskan gambar dengan mengunakan  Clone Tool dan gunakan berus lembut, buatkan dengan detail
    LANGKAH 2





    • Mengunakan Paths Tool buat selection seperti gambar diatas
    • Setelah selesai klik kanan-select-from path-dan klik 
    • Pergi ke Select > Feather. Feather tetapkan 50 pixel dan klik ok
    • Pergi ke Filters > Blur > Gaussian Blur. tetapkan 20 pada kedua-dua jumlah dan klik ok. 
    • Pilih Rectangle Select Tool klik pada bahagian atas gambar dan tarik hingga ke hujung bucu bawah gambar
    • Pilih  Ellipse Select Tool dan klik pada bahagian atas gambar dan tarik hingga ke hujung bucu dibawah
    • Pergi ke > Feather. tetapkan 50 pixel dan klik ok. Pergi ke Filters > Blur > Gaussian Blur. Tetapkan 30 pixel dan klik ok. 
    LANGKAH 3
    • Pilih Paths Tool dan buat selection seperti gambar diatas
    • Pergi ke Select > Feather. Feather tetapkan 75 pixels dan klik ok.
    • Pergi ke Filters > Blur > Gaussian Blur. Blur kan pada 45 pixels dan klik ok
    LANGKAH 4

    • Pilih Paths Tool dan buat selection seperti gambar diatas
    • Pergi ke Path to Selection button dan klik. Klik kanan Select > Feather. Feather tetapkan 60 pixels dan klik ok.
    • Pergi ke Filters > Blur > Gaussian Blur. Tetapkan 15 bagi kedua-dua jumlah dan klik ok.

    LANGKAH 5
    • Pergi ke Colors-Auto-White Balance dan klik
    • Pergi ke Colors-Auto-Color Enhance dan klik
    • Pergi ke Colors-Auto-Normalize dan klik
    • Pergi ke Colors-Auto-Strecth Contrast dan klik
    • Pergi ke Colors-Curves-dan setkan mengikut warna yang sesuai.
    HASIL AKHIR

    3 Nov 2011

    Komputer untuk bisnes

    HP kini mengembangkan perniagaan komputer peribadi (PC) Elite dengan PC industri semua-dalam-satu (AiO) yang pertama menggunakan Intel Core generasi kedua teknologi vPro.
    Model berkenaan mempunyai keupayaan 40 peratus lebih baik, 15 peratus akses pemacu keras lebih pantas dan mengurangkan downtime melalui pengurusan teknologi maklumat mudah alih.
    Sesuai untuk perniagaan kecil dan sektor awam HP Compaq 8200 Elite, AiO menawarkan pencapaian yang tinggi, keselamatan dan fungsi pengurusan mudah alih selain perkakasan bersepadu yang membenarkan hubungan antara perniagaa dengan pekerja di pejabat antara bandar atau di seluruh dunia.
    Pengarah Pemasaran Komputer Meja Komersial HP, Jeff Groudan berkata, kemunculan komputer Elite membuktikan komitmen HP bagi menghasilkan pengkomputeran untuk golongan itu yang cemerlang.
    "HP Compaq 8200 Elite All-in-One mempamerkan inovasi perkakasan dan perisian bagi kategori AiO.
    "Rekaan nipis, fleksibel dan sesuai untuk perniagaan," katanya.
    Menampilkan monitor LED definisi tinggi penuh (full HD) 23 inci,model berkenaan dilengkapi kamera video bersepadu, mikrofon dan pembesar suara bagi komunikasi empat mata.
    SRS Premium Sound adalah untuk mendapatkan pengalaman bunyi sempurna dengan bunyi persekitaran.
    Ia juga datang dengan lesen HP Virtual Room selama setahun, membolehkan persembahan slaid, mesyuarat kumpulan, latihan dan kelas dalam pusat persidangan dalam talian mudah digunakan.
    HP Compaq 8200 Elite semua dalam satu datang dengan jaminan tiga tahun bagi alat ganti dan tenaga kerja pada perkhidmatan di lapangan.
    Ia memberikan sokongan pelanggan premium melalui HP Total Care dan HP Care Pack Services dan menawarkan kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding jaminan standard bagi membantu memaksimumkan pelaburan di masa akan datang.
    Tambahan kepada AiO yang pertama ke HP Compaq 8200 Elite Desktop Series, HP Compaq 8200 Elite menyokong pemprosesan Intel terkini dan chipset Intel Q67 Express kepada keupayaan memaksimumkan keupayaan pengkomputeran.
    Ia juga menggunakan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan Intel Hyper-Threading Technology untuk meningkatkan pelbagai tugas secara bersepadu.
    Mudah diguna dan diuruskan, HP Compaq 8200 Elite dilengkapi Intel Standard Manageability dan ciri HP BIOS bersama-sama dengan teknologi Intel vPro bagi membolehkan pengurusan komputer mudah alih dan isu resolusi.
    HP Compaq 8200 Elite All-in-One juga menunjukkan peralatan keselamatan HP Elite-class bagi membantu melindungi data perniagaan yang kritikal.
    Ini termasuk cip keselamatan standard TPM 1.2 bagi enkripsi berasaskan perkakasan serta meningkatkan enkripsi peribadi melalui pakej penuh HP ProtectTools termasuk HP DriveLock, HP Digitalpass dan HP Face Recognition.
    Bagi pelanggan perniagaan kecil dan sederhana yang mencari penyimpanan data, perkongsian fail yang fleksibel, model tersebut menyokong sehingga sistem memori 8GB DDR3 SDRAM PC3-1333 dan dua slot memori, slot mini PCI Express (PCIe) dan pemacu.
    Ia juga menawarkan pilihan kapasiti Solid State Drive (SSD) bagi akses data lebih laju, senyap dan sejuk berbanding pemacu keras standard.
    Harganya bermula dengan RM3,288 dan telah berada di pasaran.
    

    Masalah Windows XP

    SAYA menggunakan komputer Windows XP. Masalahnya ialah saya tidak boleh masuk ke dalam Windows XP tersebut. Bagaimanakah cara untuk saya capai Windows XP tersebut?

    TERIMA kasih. Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah memastikan kesemua komponen perkakasan komputer seperti kabel, pembekal kuasa, monitor dan sebagainya dapat berfungsi dengan baik.
    Sekiranya ada yang bermasalah, perlu dibuat pembaikan atau diganti dengan yang baru.
    Sekiranya kesemua komponen perkakasannya berada dalam keadaan baik, terdapat beberapa cara untuk masuk dan capai kepada perisian Windows XP ini.
    Kaedah-kaedah ini berupaya untuk mencapai kembali perisian Windows XP bergantung kepada jenis dan tahap masalah yang dihadapi.
    Ia boleh dilakukan dengan cara-cara yang akan dibincangkan seterusnya.
    lPenggunaan program Windows Startup Disk.
    Program Windows Startup Disk ini perlu disediakan terlebih dahulu.
    Ia boleh disediakan dengan melakukan format terhadap cakera liut atau floopy disk dalam Windows.
    Seterusnya, klik pada fungsi format itu dengan pilihan Create an MS-DOS startup disk.
    Sekiranya komputer Windows XP bermasalah, boot komputer dengan cakera liut yang mengandungi program Windows Startup Disk tersebut.
    Perlu dipastikan tiga fail ini disalin ke dalam dalam cakera liut tersebut iaitu boot.ini, ntldr dan ntdetect.com.
    Program but ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan CD atau pemacu storan USB tetapi cara penyediaannya adalah berlainan.
    lPenggunaan fungsi Last Known Good Configuration yang ada dalam Windows.
    Komputer Windows XP yang bermasalah juga boleh dibut dengan fungsi ini.
    Fungsi Last Known Good Configuration ini membolehkan pengembalian semula konfigurasi asal sesebuah komputer setelah konfigurasi asal yang diubah atau bermasalah.
    Masalah konfigurasi perkakasan dan perisian pemacunya dalam komputer ini akan menyebabkan masalah pada parameter CurrentControlSet dalam fail Registry pada Windows.
    lPenggunaan program System Restore.
    Penggunaan System Restore ini akan mengembalikan semula konfigurasi asal sekiranya berlaku masalah dalam sistem pengoperasian Windows XP.
    Namun begitu, ia perlu dijana terlebih dahulu dengan membina Restore Point yang terdapat di dalam programnya.
    Sekiranya sistem Windows XP bermasalah, System Restore ini boleh dicapai menerusi Windows XP dengan mod Safe Mode.
    Seterusnya kembalikan konfigurasi asal daripada Restore Point yang telah dibina.
    lPenggunaan Recovery Console.
    Program Recovery Console ini disertakan bersama dalam CD pemasangan Windows XP yang boleh dibut secara terus daripada komputer.
    Jadi, but CD tersebut daripada komputer yang Windows XP-nya bermasalah dan pilih untuk lancarkan program ini dengan menekan butang R.
    Seterusnya, ia akan paparkan menu pilihan yang bernombor berserta dengan sistem pengoperasian Windows yang ada.
    Pilih nombor tersebut dan ikut arahan yang seterusnya.
    lMemperbetulkan fail Boot.ini yang bermasalah.
    Ketika but komputer, fail boot.ini ini akan dirujuk untuk mengetahui lokasi sistem pengoperasian Windows yang disimpan.
    Sekiranya telah dipastikan masalah but ini disebabkan oleh fail boot.ini, maka, boleh digunakan program
    Recovery Console ini untuk menyelesaikannya. Pada langkah terakhir dalam mencapai Recovery Console, sila taip perkataan Bootcfg /parameter.
    Parameter adalah pilihan bagi fungsi Bootcfg ini seperti /add, /scan, /list, /default, /rebuild, /redirect dan /disableredirect.
    lMemperbetulkan masalah pada bahagian sektor but (boot sector partition).
    Bahagian sektor but merupakan satu kawasan kecil yang terdapat dalam bahagian cakera keras yang mengandungi maklumat berkenaan fail sistem bagi sistem pengoperasian seperti NTFS atau Fat32.
    Sekiranya telah dipastikan masalah boot Windows XP ini berpunca daripada masalah ini, boleh digunakan fungsi Fixboot daripada program program Recovery Console.
    Pada baris arahan dalam Recovery Console ditaip perkataan fixboot diikut dengan pemacu seperti C: atau D:.
    l Memperbetulkan masalah pada master boot record.
    Master boot record merupakan merupakan sektor pertama dalam cakera keras yang bertanggung jawab mengenal pasti prosedur untuk but bagi Windows.
    Master boot record mengandungi jadual bahagian cakera keras dan program kecil, master boot code yang berfungsi untuk masukan bahagian cakera yang aktif atau sedia but ke dalam jadual bahagian cakera.
    Sekiranya telah dipastikan masalah but Windows XP berpunca daripada masalah ini, boleh digunakan fungsi Fixmbr daripada program program Recovery Console. Pada baris arahan dalam Recovery Console ditaip perkataan fixmbr diikut dengan nama dan laluan peralatan seperti \Devices\HardDisk2.
    l Nyahkan fungsi automatic restart pada Windows.
    Apabila Windows XP menghadapi masalah yang kritikal, konfigurasi secara lalai untuk menghadapi masalah ini ialah ia akan secara automatik akan but semula sistem komputer.
    Sekiranya ketika but semula ia bermasalah, sistem komputer akan dibut semula berulang kali.
    Jadi, ketika ia but semula, tekan F8 untuk masuk ke pilihan Windows Advanced Options Menu. Seterusnya, pilih Disable The Automatic Restart On System Failure dan tekan Enter.
    l Kembalikan semula daripada sistem salinan pendua atau back up.
    Sekiranya masalah boot Windows XP ini tidak dapat diselesaikan dengan kaedah baik pulih yang telah dibincangkan dan mempunyai salinan penduanya, maka kembalikan semula fail sistem tersebut daripada media yang mengandungi salinan penduanya. Kaedahnya bergantung jenis media yang diguna pakai.
    l Laksanakan kaedah in-place upgrade.
    Sekiranya masalah but Windows XP ini tidak dapat diselesaikan dengan kaedah baik pulih dan tiada salinan penduanya, maka boleh digunakan kaedah in-place upgrade ini.
    Caranya dengan boot mengunakan CD pemasangan Windows XP dan buat pemasangan Windows XP. Seterusnya, untuk melaksanakan in-place upgrade ini, buat pemasangan Windows XP pada komputer dengan menekan butang R. Sekiranya setelah selesai pemasangan Windows XP dengan cara ini, pastikan segala kemas kini dipasang semula ke dalam Windows XP tersebut.

    Ringan, mudah dikendali

     
    Lebih kompak dan versatil menjadikan Sony SLT-A35 pilihan terbaik dikalangan penggemar kamera refleks lensa tunggal (DSLR).


    Dikenali sebagai SLT-A35, siri kamera daripada Sony ini terus mendapat perhatian apabila ia mampu memberikan hasil rakaman setanding jurufoto profesional.
    Menggunakan teknologi Translucent Mirror, Sony menawarkan kelebihan rakaman imej secara berterusan, tepat dan jelas biarpun ia dirakam pada kelajuan tinggi bagi kedua-dua mod iaitu video dan gambar pegun.
    Bagi rakaman imej pada kelajuan tinggi, SLT-A35 dilengkapi kebolehan pembesaran imej pada skala 1.4 serta kelajuan merakam sehingga 7 rangka sesaat (fps).
    Ia membolehkan penderia auto fokus SLT-A35 mampu mengesan serta menanda secara berterusan objek yang bergerak laju.
    Kebolehan tersebut memudahkan pemilik SLT-A35 merakam aktiviti sukan, pergerakan kanak-kanak serta subjek yang berada jauh daripada perakam.
    SLT-A35 turut dilengkapi 16.2 mega piksel yang efektif dimana ia juga merupakan penderia Exmor APS HD CMOS yang baru dibangunkan.
    Peningkatan tersebut membolehkan pemilik SLT-A35 merakam imej dengan lebih jelas biarpun didalam keadaan cahaya yang samar-samar serta video HD berkualiti tinggi.
    Sama ada anda merakam imej pegun mahu pun video AVCHD, imej yang dipapar menerusi skrin Xtra Fine LCD kamera ini pasti memberikan imej yang terbaik berikutan ia menggunakan teknologi paparan TruBlack.
    Di samping itu, Tru Finder yang memiliki resolusi tinggi menawarkan rakaman kerangka yang lebih tepat menerusi skrin LCD.
    Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak di dalam dunia fotografi menggunakan kamera di mana lensanya boleh ditukar, Sony turut memuatkan panduan penggunaan yang dikenali sebagai The on-screen Help Guide.
    Panduan tersebut memudahkan pengguna yang baru mengenali kamera tersebut untuk memahami aplikasi serta operasinya.
    SLT-A35 turut menawarkan perisian Picture Effect yang mana imej yang dirakam boleh terus disunting di dalam kamera tersebut atau ia boleh disetkan sebelum imej atau video dirakam.
    Ia juga memiliki kelebihan memisahkan warna bagi kesan monokrom (hitam putih) yang mana sebelum ini ia hanya boleh dilakukan melalui perisian tertentu di dalam komputer.
    Untuk maklumat lanjut berkenaan kamera ini anda boleh melayari laman web Sony di www.sony.com.

    Permainan Angry Bird dimuat turun 500 juta kali


    HELSINKI 3 Nov. – Permainan video telefon bimbit, Angry Bird keluaran firma Rovio, kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh dua tahun sejak ia dilancarkan.
    Ketua Pemasaran Rovio, Peter Vesterbacka berkata, jumlah tersebut merupakan yang paling tinggi berbanding permainan video yang lain sebelum ini.
    Angry Bird berada di carta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple, iPhone pada pertengahan Disember 2009. – REUTERS