14 Jul 2012

PROMOSI BISKUT RAYA 2012

TERAJU TECHNO, telah menceburi bidang makanan selama hampir 5tahun secara kecil-kecilan. Pada tahun 2012 Syarikat telah berjaya mengeluarkan produk-produk biskut Raya untuk pasaran tempatan. Terdapat lebih daripada 20 jenis biskut lama dan moden dengan citarasa serta rupa yang berlainan. 

BAGI YANG BERMINAT TEMPAHAN MASIH LAGI DIBUKA

PEMBORONG DAN AGENT JUGA DICARI

KAMI AKAN BERADA DI BAZAR RAYA DI HADAPAN GREEN TOWN MALL,IPOH, DI SEPANJANG RAMADHAN.....JUMPA DISANA.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA TEL:0175146119(SIDI)
ATAU LAYARI:http://www.cdbiskut.blogspot.com

12 Feb 2012

MEMFORMAT SEMULA PEMACU KERAS LUARAN

MEMFORMAT SEMULA PEMACU KERAS LUARAN


Anda mungkin telah mencuba sistem operasi (OS) Parted Magic untuk menghapuskan data dalam pemacu keras. Kini, anda boleh mencuba fungsi lain seperti memformat kembali pemacu keras luaran kepada format yang diingini. Bagi melaksanakan operasi ini, anda boleh mencipta sebuah LiveCD dari fail versi terbaharunya; Parted Magic 6.7.

Sebelum ini, anda sudah diajar mengenai fungsi dan cara guna sistem operasi (OS) Parted Magic. Antaranya, sesuai untuk melupuskan semua data dalam pemacu keras supaya sukar ditemui semula. Atau, digunakan sebagai perantara untuk menyalin dan memindahkan data dalam sistem Windows yang gagal melepasi proses "boot". Kini, anda boleh mencuba fungsi yang lain. Contohnya, memformat semula pemacu keras luaran (USB) kepada format yang diingini. Bagi melaksanakan operasi ini, anda boleh mencipta sebuah LiveCD dari fail versi terbaharunya; Parted Magic 6.7.

Sistem LiveCD yang terhasil boleh digunakan untuk mengurus pemacu keras anda. Melalui aplikasi Partition Editor yang disediakannya, anda boleh memformat kembali pemacu keras jenis dalaman dan luaran (USB). Malah, aplikasi ini boleh menggantikan fungsi utiliti memformat cakera dalam persekitaran DOS atau Windows. Antara format yang disokongnya ialah btrfs, ext2, ext3, ext4, fat16, fat32, hfs, hfs+, jfs, linux-swap, ntfs, reiserfs, reiser4, dan xfs. Kini, proses menukar pemacu USB yang berformat NTFS kepada format FAT32, HFS+, atau EXT4 menjadi lebih mudah.

CARA PENGGUNAAN

Langkah 1:

Dapatkan fail perisian BurnAware Free 4.0 di http:// www.burnaware.com/burnaware_free.html dan fail perisian Parted Magic 6.7 di http://partedmagic.com/doku.php. Anda juga boleh menemuinya di tapak web yang menawarkan aneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau sumber lain yang seumpamanya. Fail masing-masing bersaiz 4.3MB dan 185MB. Perisian BurnAware pula menyokong pelbagai versi Windows. Selepas dimuat turun, tempatkan kedua-dua fail perisian tersebut dalam sebuah folder untuk dipasang

Langkah 2:

Seterusnya, klik fail BurnAware Free 4.0 tadi bagi memulakan proses pemasangan. Ketika dipasang (install) anda perlu memilih lokasi untuk menempatkan direktori fail yang akan dihasilkan (Rajah 2). Kemudian ikuti arahan yang seterusnya hingga proses pemasangan tamat dan berjaya. Proses ini biasanya mengambil masa sekejap sahaja. Sebaik sahaja selesai dipasang, anda boleh membuka atau meninjau direktori fail yang terhasil. Di sini, anda akan menjumpai sebuah fail yang berlabel BurnAware.exe bersama folder serta fail lain.

Langkah 3:

Klik pada fail tersebut untuk mengaktifkan perisian ini, sekali gus menayang tetingkap atau pemuka utamanya. Di sebelah atasnya ada barisan menu seperti Compilation dan Settings. Sementara di bahagian tengah pula ada beberapa butang fungsi yang terbahagi kepada 4 kategori: Data, Mutimedia, Disc Images, dan Utilities. Kemudian klik butang berlabel Burn Image (dalam kategori Disc Images) untuk membuka tetingkapnya. Pilihan Burn Image ini juga diletakkan dalam kategori Disc Images yang berada di bawah menu Compilation

Langkah 4:

Apabila tetingkap yang berlabel Disc Image dibuka, klik butang berlabel Browse (Rajah 5). Melalui tetingkap Open, pilih fail Parted Magic tadi dan klik butang Open. Fail berkenaan akan dimuatkan dan kelihatan pada ruang yang berlabel Disc image path. Selain itu, anda boleh memilih kelajuan menulis pada cakera selain saiz yang hendak digunakan. Selepas itu, klik butang yang berlabel Burn di penjuru kanan dan bawah tetingkap. Proses merakam (burn) fail Parted Magic pun bermula dan anda perlu tunggu sebentar hingga prosesnya selesai.

7 Jan 2012

Aakash Tablet Pc

Aakash tablet PC adalah merupakan produk paling murah seumpanya ketika ini.
Specifications of cheapest tablet PC Aakash:
  • Google Android Froyo 2.2
  • 7 inch Touchscreen(Resistible)
  • 2 USB ports
  • 1 Micro SD slot
  • 3.5mm Headphone Port
  • 366 MHz processor
  • 256MB RAM
  • HD video processor
  • 2GB Flash Storage
  • Wi-Fi Compatibility
  • Full HD 1080p Playback
  • 3-4 Hours Battery Backup

5 Jan 2012

Ubah Wajah dengan Perfect365

Berikan imej baru ke atas wajah anda dengan perisian Makeover Perfect365.

Sering terjadi apabila foto yang dirakam melalui kamera digital mengalami kecacatan disebabkan oleh kurang pencahayaan atau lain-lain pembolehubah yang memberi kesan kepada kualiti imej. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin perlu meningkatkan kualiti imej, mengubah kesan cahaya atau mungkin terpaksa membuang kesan-kesan jerawat atau ketidaksempurnaan lain dari gambar supaya ia kelihatan lebih menarik.

Bagi mereka yang tidak mahir menggunakan perisian suntingan foto seperti Photoshop, anda sebenarnya mempunyai pilihan alternatif lain yang setanding dengan Photoshop iaitu Perfect365. Ia adalah aplikasi yang kaya dengan ciri-ciri bagi mengesan elemen wajah dan membenarkan perubahan dilakukan pada wajah agar nampak lebih sempurna. Perfect365 mampu mengubah apa sahaja dari warna kulit, saiz mata, warna gigi, kening, saiz mata, hinggalah ke kesan sinaran. 


Perfect365 mampu untuk mengecam wajah seseorang, jadi pastikan imej yang ingin dimuat naik ke perisian ini mengandungi wajah seseorang dengan saiz yang munasabah (untuk tujuan pengecaman muka). 

Sebaik sahaja imej dimuatkan, anda boleh mengubah pelbagai aspek gambar di menu sebelah kanan atau pilih pra-tetapan di menu sebelah kiri. Pra-tetapan segera ini menyediakan satu transformasi-klik dengan pelbagai pilihan seperti organik, semula jadi, mata yang bersih dan berasap, bibir merah, mata kucing, glam, efek senja, efek waktu malam dan banyak lagi. Anda juga boleh menambah lagi kesan imej dengan memilih pilihan di menu sebelah kanan, yang membolehkan anda membuang kecacatan pada gambar, melakukan pemutihan warna kulit, melembutkan warna kulit, menghapuskan sinaran dari wajah, meningkat dan mengurangkan pemerah pipi, melangsingkan riak wajah, mewarna mata, mengubah kecerahan mata dan bentuk mata, menambah gincu pada bibir, mendalamkan senyuman dan mengubah warna gigi. Sebaik sahaja anda berpuashati dengan hasil gambar, anda boleh menyimpan (save as) gambar atau foto dalam format JPG, PNG, atau BMP.

Berikut adalah contoh hasil perubahan wajah yang dilakukan menggunakan perisian Perfect365. Imej kiri adalah gambar asal Kilafairy, diikuti dengan imej hasil Kilafairy di bahagian kanan. Untuk ujian ini, saya telah mengubah imej Kilafairy dengan melebarkan senyuman, mengubah bentuk mata agar tampak lebih besar, dan menukar warna kulit agar kelihatan lebih licin. 


Perfect365 menyokong sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Windows 7, dan dijangka akan menyokong versi IOS dan Mac OS X. 


Muat Turun(Download) disini