22 Dis 2011

KITAB ONLINE

Klik di sini : http://lidwa.com/app/
Ingin mencari himpunan kitab-kitab secara online? Anda boleh lihat kandungan kitab suci Al-Quran, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi dengan melayari laman web di bawah. Ianya lengkap dengan terjemahan dan amat memudahkan pencarian. Terima kasih kepada pihak yang telah membangunkan perisian PERCUMA ini. Semoga usaha anda diberkati..!

MUAT TURUN VIDEO DARI YOU-TUBE

Bagaimana nak download video daripada Youtube , Facebook atau dari mana-mana laman video? Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan. Salah satu perisian yang mudah dan cepat ialah Realplayer.  Selain memuat turun video, format video juga boleh ditukar kepada pelbagai format lain : mpeg1, avi, mp3 dan banyak lagi. Hanya sekali klik, semuanya selesai. Format asal dari internet ialah flv. Ia mesti ditukar ke format mpeg sebelum dimasukkan ke dalam Powerpoint .  Proses pemasangan perisian memerlukan sambungan ke internet. Pilih Realplayer Basic yang ditawarkan secara percuma. Setelah selesai, pop up “Download This Video” akan terpapar di sebelah atas paparan video. Semua video akan disimpan dalam My Video. Selamat mencuba !
                                                     Download di sini : http://my.real.com/

URUS FORMAT (PDF) DENGAN CEPAT


Fungsi sama seperti Adobe PDF Reader tetapi foxit reader lebih ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Amat disyorkan kepada anda bagi memaparkan fail format PDF.  Perisian wajib !!
Download di sini : Foxit Reader
Ingin menukar format fail kepada PDF ..? secara percuma..? jangan risau. Gunakan perisian CutePDF writer untuk menukar pelbagai format fail kepada PDF dalam beberapa saat sahaja. Install ke dalam PC dan guna fungsi print, pilih pencetak cutewriter, dan print. Maka terhasillah fail PDF..
Download di sini : CutePDF

MENCIPTA SOALAN INTERAKTIF


Apa dia HOT POTATOES ni ? Ia adalah sebuah perisian PERCUMA yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk: Kuiz, isi tempat kosong, soalan objektif, dan teka silangkata. Ianya boleh digunakan oleh guru2 dalam proses P&P nanti sama ada secara bercetak atau online, kira macam soalan interaktif la. Memang seronok..
Download di sini : Hot Potatoes v6

MEMBINA TEKA SILANG KATA


Satu lagi perisian untuk membina teka silangkata PERCUMA ialah EclipseCrossword. Perisian ini mudah digunakan dan boleh dicetak atau dipaparkan secara online di dalam blog atau laman web. Ianya amat sesuai untuk memantapkan ingatan dan pemahaman pelajar bagi soalan yang berbentuk fakta. Mesti cuba tau..!!
Download di sini : Eclipscrossword
Contoh paparan online : Peminangan

TUKAR TULISAN RUMI KEPADA JAWI


ejawi.net merupakan satu laman web khas yang dihasilkan untuk pencinta tulisan jawi.  Anda yang hendak menukarkan tulisan rumi ke tulisan jawi boleh menggunakan khidmat ejawi.net dengan mudah dan cepat. Amat disyorkan kepada para guru khususnya GPI untuk mengajar dan sebagainya.
Link Web : ejawi.net

                                                          Link Tukar Tulisan : ejawi.net

MENUKAR FORMAT (DOCX ke DOC)


Format dokumen MS Office 2007 yang mempunyai extension docx selalunya menimbulkan masalah kepada kebanyakan pengguna MS Office 2003 kerana fail docx tidak boleh dibuka menggunakan Office 2003. Maka penyelesaiannya ialah sama ada dokumen dalam Office 2007 perlu di “save as”kan ke 2003 atau dapatkan khidmat converter online. Pelabagi converter online tersedia di internet. Salah satunya yang dicadangkan adalah menggunakan website di bawah. Anda hanya perlu upload fail dan fail akan ditukarkan format docx ke doc. Cukup mudah dan pantas.
Laman webnya klik di sini : http://www.doc.investintech.com/

Anda juga boleh memuat turun perisian FileFormatConverters daripada laman web Microsoft sendiri untuk membuka semua format Office 2007 : Word, Excel dan Powerpoint. Setiap kali anda hendak membuka fail Office 2007, maka perisian ini secara automatik akan menukarkannya ke format 2003. Lebih mudah, cepat dan install sekali sahaja.
Download di sini :  FileFormatConverters.exe