22 Dis 2011

MENUKAR FORMAT (DOCX ke DOC)


Format dokumen MS Office 2007 yang mempunyai extension docx selalunya menimbulkan masalah kepada kebanyakan pengguna MS Office 2003 kerana fail docx tidak boleh dibuka menggunakan Office 2003. Maka penyelesaiannya ialah sama ada dokumen dalam Office 2007 perlu di “save as”kan ke 2003 atau dapatkan khidmat converter online. Pelabagi converter online tersedia di internet. Salah satunya yang dicadangkan adalah menggunakan website di bawah. Anda hanya perlu upload fail dan fail akan ditukarkan format docx ke doc. Cukup mudah dan pantas.
Laman webnya klik di sini : http://www.doc.investintech.com/

Anda juga boleh memuat turun perisian FileFormatConverters daripada laman web Microsoft sendiri untuk membuka semua format Office 2007 : Word, Excel dan Powerpoint. Setiap kali anda hendak membuka fail Office 2007, maka perisian ini secara automatik akan menukarkannya ke format 2003. Lebih mudah, cepat dan install sekali sahaja.
Download di sini :  FileFormatConverters.exe

0 ulasan:

Catat Ulasan