3 Mei 2011

Asas Windows Movie Maker

Video mempunyai peminat yang begitu ramai di Malaysia dan juga seluruh dunia. Boleh dikatakan semua masyarakat hari ini pernah melihat rakaman video. Mempunyai nilai seni yang tinggi oleh kerana peralatan yang digunakan agak mahal pada masa dahulu. Tetapi pada zaman Teknologi semua perkara ini menjadi biasa, mudah dan sebagai medium yang penting bagi mengambarkan sesuatu perkara. Selain mempunyai pelbagai peralatan(gadget) cangih yang memudahkan untuk merakam video atau imej, Internet juga menjadikan perkara ini lebih terbuka dan mudah. “YouTube” adalah salah satu website  popular untuk memuat naik hasil video . Melalui youtube pelbagai perkara positif boleh dimanfaatkan antaranya mempromosikan perniagaan, produk-produk, tempat menarik, mempromosi laman web/blog, mencari bakat lakonan, penyayi dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu Teraju Techno akan menjadikan subjek Video Editing sebagai salah satu Modul yang akan diajar bagi program KB 2.0.

0 ulasan:

Catat Ulasan