3 Mei 2011

BORANG MAKLUMBALAS KBRIDZ 2.0

SILA KLIK ALAMAT PAUTAN DIBAWAH DAN ISI BUTIRAN YANG DIPERLUKAN SELENGKAPNYA

https://spreadsheets.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHNmMFNpYUl6enNmYmV1Ym0xSGV4aVE6MQE6MQ

Asas Windows Movie Maker

Video mempunyai peminat yang begitu ramai di Malaysia dan juga seluruh dunia. Boleh dikatakan semua masyarakat hari ini pernah melihat rakaman video. Mempunyai nilai seni yang tinggi oleh kerana peralatan yang digunakan agak mahal pada masa dahulu. Tetapi pada zaman Teknologi semua perkara ini menjadi biasa, mudah dan sebagai medium yang penting bagi mengambarkan sesuatu perkara. Selain mempunyai pelbagai peralatan(gadget) cangih yang memudahkan untuk merakam video atau imej, Internet juga menjadikan perkara ini lebih terbuka dan mudah. “YouTube” adalah salah satu website  popular untuk memuat naik hasil video . Melalui youtube pelbagai perkara positif boleh dimanfaatkan antaranya mempromosikan perniagaan, produk-produk, tempat menarik, mempromosi laman web/blog, mencari bakat lakonan, penyayi dan berbagai-bagai lagi. Oleh itu Teraju Techno akan menjadikan subjek Video Editing sebagai salah satu Modul yang akan diajar bagi program KB 2.0.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

        
         Teraju Techno adalah sebuah syarikat perkongsian, bernombor pendaftaran IP265960-U diuruskan sepenuhnya oleh Bumiputra yang beroperasi di No.81, Tingkat 1,Jalan Sejahtera 2, Medan Sejahtera,32000 Sitiawan,Perak Darul Ridzuan , Perak. Mula beroperasi pada Oktober 2007 dibawah skim usahawan infomediaries yang dianjurkan oleh KPerak INC.
         Sebagai infomediaries  Teraju Techno telah dilatih untuk menjadi sebagai usahawan sosial. Mempunyai tiga(3) tahun pengalaman dalam menjalankan program komuniti berbentuk pembelajaran ICT(Kperak Komuniti Bridz 1.0) bagi seluruh kawasan Daerah Larut Matang dan Selama. Mengikut rekod sebanyak  215 program telah dijalankan dengan penglibatan seramai 8812 orang peserta daripada 93 buah kampung dan 19 badan persatuan sepanjang tempoh tiga(3) tahun.
         Pihak Teraju Techno juga terlibat dengan beberapa penganjuran beberapa ekspo , karnival dan juga pertandingan di sekitar Perak.